K-YOUTH 2026
Program Penyenggaraan Pesawat Bersijil (4 Bulan)
+ Penempatan Kerja
Pengenalan Program
K-Youth ialah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah Nasional Berhad yang bertujuan membangunkan bakat masa depan Malaysia. Program ini dirangka untuk melengkapkan golongan belia dengan kemahiran yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan yang semakin berkembang dan kian berubah. K-Youth mencerminkan komitmen kami dalam memupuk inovasi, kreativiti dan keusahawanan, selaras dengan strategi jangka panjang
Memajukan Malaysia serta aspirasi Malaysia MADANI, sekali gus menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Program K-Youth Bersijil Modular Penyenggaraan Pesawat dengan Jaminan Penempatan Kerja adalah inisiatif kebolehpasaran belia yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Objektif utama program ini adalah untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran yang relevan dengan industri serta pengalaman kerja yang praktikal. Tempoh program ini dijalankan adalah selama empat (4) bulan. Program ini menggabungkan latihan berstruktur yang dikendalikan oleh Allied Aeronautics Training Centre latihan sambil bekerja (OJT) bersama Syarikat Hos yang ditetapkan.


Mengenai Program
Manfaat Program
- Peserta akan menerima imbuhan kasar bulanan sebanyak RM 1,700.00
sepanjang tempoh program dijalankan. - Peserta akan menerima Sijil Modular daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
- Bantuan elaun penginapan sebanyak RM 300.00 sebulan akan diberikan
kepada peserta. - Peserta akan menerima kemudahan caruman berkanun termasuk Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (EPF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO),
dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS). - Selepas berjaya menamatkan program, Syarikat Hos akan menawarkan
penempatan pekerjaan untuk tempoh minimum selama 12 bulan. - Peserta layak mendapat kemudahan cuti sakit berbayar (dengan sijil
perubatan yang sah) serta pelepasan cuti umum.
Syarat Penyertaan
- Disasarkan kepada golongan belia Malaysia yang menganggur dan ingin menceburi bidang Penyenggaraan Pesawat berumur 18-30 Tahun.
- Kehadiran dan penyertaan dalam semua program latihan, bengkel, dan
aktiviti pembangunan adalah diwajibkan. - Peserta perlu bersedia untuk mematuhi semua dasar, peraturan, danprosedur yang ditetapkan oleh Allied Aeronautics Training Centre dan Syarikat Hos.
- Peserta diwajibkan untuk mengekalkan tahap profesionalisme dan
kelakuan beretika pada setiap masa sepanjang program.
