K-YOUTH 2026

Program Penyenggaraan Pesawat Bersijil (4 Bulan)
+ Penempatan Kerja

Pengenalan Program

Program K-Youth Bersijil Modular Penyenggaraan Pesawat dengan Jaminan Penempatan Kerja adalah inisiatif kebolehpasaran belia yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Objektif utama program ini adalah untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran yang relevan dengan industri serta pengalaman kerja yang praktikal. Tempoh program ini dijalankan adalah selama empat (4) bulan. Program ini menggabungkan latihan berstruktur yang dikendalikan oleh Allied Aeronautics Training Centre latihan sambil bekerja (OJT) bersama Syarikat Hos yang ditetapkan.

image

Mengenai Program

Manfaat Program

  • Peserta akan menerima elaun/imbuhan kasar bulanan sebanyak RM 1,700.00
    sepanjang tempoh program dijalankan.
  • Peserta akan menerima Sijil Modular daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
  • Bantuan elaun penginapan sebanyak RM 300.00 sebulan akan diberikan
    kepada peserta.
  • Peserta akan menerima kemudahan caruman berkanun termasuk Kumpulan
    Wang Simpanan Pekerja (EPF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO),
    dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).
  • Selepas berjaya menamatkan program, Syarikat Hos akan menawarkan
    penempatan pekerjaan untuk tempoh minimum selama 12 bulan.
  • Peserta layak mendapat kemudahan cuti sakit berbayar (dengan sijil
    perubatan yang sah) serta pelepasan cuti umum.

Syarat Penyertaan

  • Disasarkan kepada golongan belia Malaysia yang menganggur dan ingin menceburi bidang Penyenggaraan Pesawat berumur 18-30 Tahun.
  • Kehadiran dan penyertaan dalam semua program latihan, bengkel, dan
    aktiviti pembangunan adalah diwajibkan.
  • Peserta perlu bersedia untuk mematuhi semua dasar, peraturan, danprosedur yang ditetapkan oleh Allied Aeronautics Training Centre dan Syarikat Hos.
  • Peserta diwajibkan untuk mengekalkan tahap profesionalisme dan
    kelakuan beretika pada setiap masa sepanjang program.